Yusmadi saran tingkat kawalan keselamatan kg.

Admin

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

BALIK PULAUAhli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyatakan bahawa kawalan keselamatan di sekitar kampung wajar dipertingkatkan melalui kerjasama semua pihak termasuk kepolisian komuniti, kariah masjid dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) sebagai salah satu inisiatif untuk membanteras jenayah.

Beliau berkata demikian ekoran insiden rompakan bersenjatakan pisau membabitkan ibunya, Fatimah Ahmad, 73, yang kerugian RM33,000 dan cedera pada bahagian muka dalam kejadian pada jam 4 pagi di kediamannya di Kampung Jalan Baru, barubaru ini di sini.

Kata Yusmadi, dahulu perkara sebegini jarang didengar, jika ada pun, hanya kes-kes kecil seperti kecurian basikal.

“Seandainya SRS baru dapat dilatih, ia dapat mengurang dan membanteras jenayah.

“Walau bagaimanapun, saya berterima kasih kepada semua yang prihatin dan pihak polis yang cekap dan pantas menjalankan tugas,” ujarnya ketika menerima kunjungan Y.A.B. Ketua Menteri di sini baru-baru ini.

Turut menziarahi, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik.

Dalam pada itu, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng ketika ditemui berharap agar perompak tersebut dapat diberkas secepat yang mungkin.

YUSMADI Yusoff (kiri) menunjukkan kecederaan dialami ibunya, Fatimah Ahmad yang menjadi mangsa rompak bersenjata di kediamannya di sini baru-baru ini.
YUSMADI Yusoff (kiri) menunjukkan kecederaan dialami ibunya,
Fatimah Ahmad yang menjadi mangsa rompak bersenjata di
kediamannya di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Fatimah menyatakan bahawa beliau pasrah dengan apa yang berlaku walaupun terkilan kerana barang kemas (yang dirompak) tersebut dibeli dengan hasil titik peluh bersengkang mata menjual kuih.

“Barang kemas yang sama makcik gunakan untuk gadai kemudian ditebus balik bagi menampung pengajian anakanak.

“Apapun, terima kasih kepada semua yang prihatin dan membantu makcik. Ada hikmah juga benda (kecurian) ni berlaku, dapatlah makcik berjumpa dengan Guan Eng dan Mansor,” ujarnya.