HI-TEA KM LIM BERSAMA RAKAN-RAKAN FACEBOOK

Adalah menjadi harapan saya untuk bertemu dengan rakan-rakan atau dengan lebih tepat penyokong-penyokong setia laman sosial Facebook saya yang kini telah mencecah angka kira-kira 35,000 orang.

Umumnya, saya amat berbesar hati dan terasa terharu dengan sokongan padu yang diberikan oleh rakan-rakan sekalian. Kata-kata hikmah dan juga dorongan berterusan yang diberikan telah menyuntik semangat saya untuk terus berjuang terutamanya dalam memartabatkan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga kebajikan rakyat seluruh negara ini.

Sebagai sebuah kerajaan berjiwa rakyat, adalah menjadi prinsip Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) untuk mendengar suara rakyat, buat kerja untuk rakyat dan memberi harapan baru kepada rakyat.

Initipati ini turut dipraktikkan terhadap maklum balas yang diberikan di laman Facebook saya. Walaupun saya tidak dapat meluangkan sepenuh masa untuk berinteraksi, kakitangan dari Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri sering memaklumkan kepada saya mengenai perkembangan terkini rakan-rakan sekalian.

Justeru, bersempena dengan ulangtahun pertama saya di laman Facebook yang diwujudkan sejak Jun 2010, saya ingin menjemput anda sekalian ke majlis Hi-Tea bersama saya pada Ahad 26 Jun 2011 11am – 1pm 25 Jun 2011 jam 3 hingga 5 petang di Perkarangan Straits Quay, Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Bagi penganjuran pertama, seramai 200 rakan akan dipilih bagi menyertai majlis berkenaan. Pertemuan selanjutnya akan diatur dari semasa ke semasa. Sila isi borang penyertaan yang disediakan dan rakan-rakan yang bertuah akan dihubungi bagi pengesahan lanjut. Borang penyertaan di sini : (maaf pendaftaran telah ditutup)

Sekian terima kasih.

LIM GUAN ENG

Share this:
Share this page via Email Share this page via Stumble Upon Share this page via Digg this Share this page via Facebook Share this page via Twitter
Posted in Uncategorized | 12 Comments

Photos

This gallery contains 8 photos.

Share this:

More Galleries | Leave a comment

MAJLIS PELANCARAN PASUKAN PENGAWAL LALULINTAS MPSP DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS KEPADA 23 PEKERJA MPSP

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengadakan Majlis Pelancaran Pasukan Pengawal Lalulintas dan Penyampaian Anugerah Khas kepada 23 pekerja MPSP pada 21 April, 2011. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng diiringi oleh Y.B. Tuan Chow Kon Yeow, Pengerusi MMK Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Y.B. Tuan Haji Mokhtar bin Mohd. Jait, Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berusaha Puan Maimunah bt. Mohd Sharif, Yang Dipertua MPSP dan beberapa orang kenamaan yang lain.

Pasukan pengawal lalulintas tersebut adalah gabungan daripada 10 anggota polis bantuan dan 10 anggota pengawal keselamatan. Pasukan tersebut bertanggungjawab mengawal lalulintas di kawasan “Park and Ride”, kawasan-kawasan letak kereta MPSP yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di pasar-pasar awam, kompleks awam MPSP, pasar malam, kawasan tumpuan meletak kenderaan dan juga lokasi-lokasi yang terdapat majlis-majlis tertentu bagi membantu mengurangkan kesesakan lalulintas.

Di samping itu, seramai 23 pekerja MPSP telah dipilih menerima anugerah khas kerana mambantu membersihkan longkang tersumbat dan mengurangkan kekerapan banjir kilat. Menurut Ketua Menteri, mereka ini juga dikenali sebagai wira-wira yang tidak dikenali kerana bekerja di belakang tabir.

Share this:
Share this page via Email Share this page via Stumble Upon Share this page via Digg this Share this page via Facebook Share this page via Twitter
Posted in Bahasa Malaysia | Leave a comment

28 தமிழ்ப்பள்ளிகளுக்கு 1.75 இலட்சம் ரிங்கிட் மானியம்!

நேற்று பினாங்கு மாநிலத்திலுள்ள 28 தமிழ்ப்பள்ளிகளுக்கு மாநில அரசின் சார்பாக 1.75 இலட்சம் ரிங்கிட் மானியத் தொகை வழங்கும் நிகழ்வு நடைப்பெற்றது. இதில் 28 தமிழ்ப்பள்ளிகளின் தலைமையாசிரியர்களும் பெற்றோர் ஆசியர் சங்கத் தலைவர்களும் கலந்துக்கொண்டனர். இந்நிகழ்வில் பினாங்கு முதல்வர் மாண்புமிகு திரு. லிம் குவான் எங், துணை முதல்வர்கள் டாக்டர் மன்சோர் ஓஸ்மான் மற்றும் பேராசிரியர் திரு. பி. இராமசாமி, தமிழ்ப்பள்ளிகளுக்கான சிறப்புக் குழுத் தலைவர் டாக்டர் அன்பழகன் ஆகியோர் கலந்துக் கொண்டு சிறப்பித்தனர். கடந்த மூன்றாண்டு காலமாக மக்கள் கூட்டணி அரசாங்கம் தமிழ்ப்பள்ளிகளுக்கு மானியங்கள் வழங்கி வருவது அனைவரும் அறிந்ததே. பள்ளிகளின் தேவைகளுக்கேற்ப இம்மானியத் தொகை 28 தமிழ்ப்பள்ளிகளுக்கும் பிரித்துக் கொடுக்கப்பட்டுள்ளது. பினாங்கு மக்களின் சிறந்த எதிர்காலத்தை சிறந்த மாணவர்களே முடிவுச் செய்கின்றனர். கல்வி ஒவ்வோர் மனிதனின் அத்தியாவசியத் தேவையாகும். ஆகவே தான் பினாங்கு மக்கள் கூட்டணி அரசாங்கம் இனம், மொழி, சமயம், அரசியல் ஆகிய வேறுபாடுகளைப் பார்க்காமல் அனைத்துத் தமிழ்ப்பள்ளிகளுக்கும் மானியம் வழங்குகிறது. வரும் காலங்களின் மேலும் அதிகமான மானியத் தொகையினை அரசாங்கம் வழங்கும் எனவும் பினாங்கு முதல்வர் தெரிவித்தார்.

Share this:
Share this page via Email Share this page via Stumble Upon Share this page via Digg this Share this page via Facebook Share this page via Twitter
Posted in Education, Tamil | Leave a comment

St Jude Medical Picks Penang As Their Location Of Choice

8 March 2011 – YAB Tuan Lim Guan Eng, Chief Minister of Penang in the presence of Mr Daniel Starks, Chairman, President and CEO of St. Jude Medical and Mr Torbjorn Andersson, Managing Director of St. Jude Medical Operations (M) Sdn Bhd help launched the opening of St Jude Medical ‘s newest manufacturing facility located in Bayan Lepas Industrial Free Trade Zone, Penang Island.

St. Jude Medical, a world renowned cardiovascular medical device manufacturer has so far invested USD 65 million (RM 165 million) into the new facility, development and training for the last 18 months. It currently has more than 150 employees with an opening of 100 new jobs in the remainder of this year.

St Jude Medical will be investing about USD 300 million (RM 900 million) on infrastructure, capital and wages and include the creation of an additional 2,000 jobs over the next five years. A Physicians Training Centre will be set up at the facility itself to allow professionals in the region to train using their state-of-the-art technology before applying them on humans.

YAB Tuan Lim Guan Eng, Chief Minister of Penang during his speech highlighted Penang’s historical success in being top in investments in Malaysia for the year 2010. The state had attracted almost RM12.2 billion of private investment of which RM10.5 billion came from FDI whilst RM1.7 billion is from domestic investments. 36% of Malaysia’s total FDI comes from Penang.

YAB stressed in his speech that the 465% increase in investments in Penang in 2010 as compared to 2009 is attributed to the state government’s 7 critical success factors (CSF) which he believes St Jude Medical has factored in before making their decision to pick Penang as their location of choice to set up their new facility.

The 7 Critical Success Factors (CSF) are ;

Good governance
Availability of talented workforce
Livable city where creative and innovative people desire to stay
Intellectual property protection
Reliable logistics hub
Competent supply-chain management,
Building creativity and innovation in science and technology

For more information about St Jude Medical, please visit sjm.com
For information about employment at St Jude Medical, please visit www.jobstreet.com.my

Share this:
Share this page via Email Share this page via Stumble Upon Share this page via Digg this Share this page via Facebook Share this page via Twitter
Posted in English, Industry/Investment | 2 Comments

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-46 MUZIUM NEGERI PULAU PINANG

GEORGETOWN : Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang telah mengadakan sambutan ulang tahun ke-46 pada 14 April, 2011 baru-baru ini. Majlis tersebut berlangsung selama empat hari bermula 14 April dan berakhir pada 17 April, 2011.

Majlis yang pertama kali disambut sepanjang 46 tahun penubuhannya telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang di samping isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Hajjah Majimor bt. Shariff.

Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang, Y.B. Tuan Wong Hon Wai turut hadir memberikan ucapan pada pembukaan majlis yang penuh bersejarah tersebut. Beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang pada tahun 2009 dan ditugaskan portfolio Kesenian dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pada 1816, Bangunan Muzium di Lebuh Faquhar dibina atas dermaan daripada Syarikat India Timur, di bawah kelolaan Kapten Robert Smith (Jurutera Diraja). Beliau telah menyediakan pelan bangunan ini untuk dijadikan sebagai sebuah pusat pendidikan, iaitu Penang Free School dan Sekolah Hutching.

Pada 1961, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mencadangkan menjadikan bangunan tersebut sebagai sebuah muzium. Pada 1964, Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang ditubuhkan dan pentadbirannya berada di bawah Jawatankuasa Pentadbir yang dilantik oleh Kerajaan Negeri, iaitu Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai pengerusi.

Muzium dan Balai Seni Lukis dibuka dengan rasminya oleh Gabenor Pulau Pinang yang pertama, Raja Tun Uda Al-Haj bin Mohamad pada hari Rabu, 14 April 1965 pada pukul 5.30 petang.

Share this:
Share this page via Email Share this page via Stumble Upon Share this page via Digg this Share this page via Facebook Share this page via Twitter
Posted in Bahasa Malaysia, News/Reports | Leave a comment