Anugerah Sekolah Hijau MBSP pemangkin Bandaraya Rendah Karbon

Admin
featured image ash

SEBERANG JAYA – Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Heng Yeh Shiuan berharap penganjuran Anugerah Sekolah Hijau sejak tahun 2010 menyumbang pada menjadikan Bandaraya Rendah Karbon kelak.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pelancaran Anugerah Sekolah Hijau 2024 di Auditorium, Menara Bandaraya MBSP di sini pada 2 April 2024.

heng yeh shiuan
HENG Yeh Shiuan semasa Majlis Pelancaran Anugerah Sekolah Hijau baru-baru ini.

“Agensi pendidikan adalah salah satu titik mula yang penting dalam membentuk masyarakat yang menjaga dan mencintai alam sekitar sejajar dengan matlamat MBSP untuk menjadi Bandaraya Rendah Karbon,” jelasnya lagi.

Menurutnya lagi, tujuan hakiki penganjuran anugerah tersebut antara lain bagi meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya warga sekolah mengenai peri penting amalan kitar semula di samping memupuk minat pada aktiviti penanaman pokok.

Selain itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Continental Automotive Components (Malaysia) Sdn. Bhd. atas penajaan RM27,300 bagi penganjuran Anugerah Sekolah Hijau pada tahun ini.

Turut berucap, Pengarah Continental Automotive Components, Kim Tan.

Oleh : NUR SYAKIRAH MOHD. BASRI
Gambar : MBSP