Bayi pramatng perlukan bantuan

Admin

 

 

 

BAGAN DALAM – Samuel dilahirkan pramatang satu setengah bulan dan mempunyai masalah pendengaran yang kritikal. Ibunya, Yasotha Shanmugan merupakan seorang ibu kepada tiga orang anak dan memperoleh pendapatan lebih kurang RM600 sebulan. Manakala bapanya memperoleh gaji harian RM30, bergantung kepada keadaan cuaca, andai hujan maka tiada pendapatan diperoleh.

Samuel bukan sahaja dilahirkan pramatang, malah dia juga memerlukan bantuan khusus untuk makan dan minum. Dia memerlukan nutrisi yang telah ditetapkan oleh pihak perubatan dan memrlukan tiub khas untuk makan dan minum. Kos tersebut adalah dalam lingkungan RM1000 sebulan. Dalam kesempitan hidup, mereka sekeluarga bernasib baik atas ihsan tuan rumah, mereka dapat tinggal di kediaman mereka tanpa membayar sewa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bagan Dalam, A.Tanasekharan tampil memberi sumbangan peribadi sebanyak RM1500 bagi meringankan bebanan keluarga tersebut. Malah Tanasekharan turut menyampaikan sumbangan RM500 bagi menampung keseluruhan kos pembedahan telinga iaitu RM5800. Beliau berharap agar ada pihak tampil memberi bantuan kepada Yasotha dan keluarga serta menawarkan pekerjaan kepada suami Yasotha untuk terus menyara keluarga mereka.

Untuk sebarang maklumat dan sumbangan bolehlah hubungi Pejabat ADUN berkenaan di talian 017-446 9688 (Victor).