DUN P. Pinang panas bincang Hilmi, PPSB roboh kuil

Admin

GEORGE TOWNDewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menjadi panas semasa membincangkan insiden Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) yang didakwa merobohkan kuil berusia 50 tahun di Bulk Cargo Terminal (BCT), Perai tanpa sebarang notis pemberitahuan baru-baru ini.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh mendesak ADUN Teluk Bahang merangkap Pengerusi PPSB, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya mengaku bersalah serta memohon maaf kepada penganut Hindu di DUN Pulau Pinang

“Sekurang-kurangnya pihak PPSB perlu berbincang dengan penganut Hindu yang pergi ke kuil berkenaan, bukan terus meroboh kuil tersebut.

“Bolehkah ADUN Teluk Bahang mengaku bersalah dan minta maaf di Dewan (DUN) yang mulia ini,” ujar Jagdeep di sini.

ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dan R.S.N Rayer (ADUN Seri Delima) turut mendesak Hilmi suapaya berhenti dari berdolak-dalih dalam insiden kontroversi itu.

Hilmi dalam reaksi  spontan menolak tuntutan Jagdeep itu atas alasan kesalahan itu dilakukan oleh pegawai bawahannya.

Malah menurut Hilmi, kuil itu wajar dirobohkan atas faktor keselamatan.

“Saya memang mengaku bersalah. saya boleh memohon maaf tapi…”

“Saya tak tahu langsung ada kuil di situ. Isu kuil itu tidak pernah dibincang dalam lembaga pengarah,” ujarnya.

Tuntas dari itu, Hilmi merayu kepada Tuan Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain untuk membawa insiden kontroversi itu ke mesyuarat lembaga pengarah PPSB terlebih dahulu sebelum memberi respons sama ada untuk memohon maaf kepada penganut Hindu atau sebaliknya.