Hari Kebebasan Media Sedunia dirai di DUN

Admin

WARTAWAN MalaysiaKini, Low Chia Ming menyematkan riben kuning pada kot Ketua Menteri di DUN di sini baru-baru ini.
WARTAWAN MalaysiaKini, Low Chia Ming menyematkan riben kuning pada kot Ketua Menteri di DUN di sini baru-baru ini.

AHLI Jawatankuasa Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang, Law Chan Yee (kanan sekali) menyematkan riben kuning pada baju Ketua Biro The Sun, Himanshu Bhatt.
AHLI Jawatankuasa Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang, Law Chan Yee (kanan sekali) menyematkan riben kuning pada baju Ketua Biro The Sun, Himanshu Bhatt.

 

GEORGE TOWN – Hari Kebebasan Media Sedunia yang ke-20 disambut di dalam keadaan sederhana oleh pengamal-pengamal media sebelum bermulanya sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Umumnya, Hari Kebebasan Media Sedunia diraikan pada 3hb Mei di seluruh dunia. Sambutan tersebut diwujudkan pada tahun 1991 oleh Bangsa-Banga Bersatu (UN) selepas satu persidangan dengan pihak UNESCO.

Deklarasi Hak Asasi Manusia berbunyi seperti berikut :

Consistent with Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights, the establishment, maintenance and fostering of an independent, pluralistic and free press is essential to the development and maintenance of democracy in a nation, and for economic development.”

The Declaration of Windhoek, 3 May 1991

Malah, mengikut satu laporan yang dibuat bersempena Hari Kebebasan Media Sedunia oleh ‘Freedom House’ dari Amerika Syarikat menyatakan bahawa media di Malaysia kekal sebagai ‘tidak bebas’ di kaca mata dunia. Kini, Malaysia berada di tahap 143 daripada 196 negara.

Dalam pada itu,Ketua Menteri merangkap Setiausaha – Agong DAP dan Ahli Parlimen Bagan, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di dalam kenyataannya menyatakan bahawa buat masa ini, usaha-usaha murni Kerajaan-kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) tidak diberi liputan meluas oleh media arus perdana kerana pihak terbabit dikuasai oleh UMNO dan parti-parti komponen BN yang menyekat kebebasan media.

Ini dibuktikan oleh pemecatan Presiden Kesatuan Wartawan (NUJ), Hatta Wahari oleh majikannya, Utusan Malaysia (UM) ekoran tindakan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa UM tidak seharusnya menjadi lidah pengarang UMNO tetapi harus berdasarkan peristiwa yang berkaitan dengan rakyat.

Adalah dikesali media massa bersedia menjadi alat propaganda kerajaan menuduh parti pembangkang sebagai pengkhianat dan yang pelik ialah fitnah dan tohmahan ini dibuat oleh media massa UMNO atas alasan ia adalah kebebasan akhbar,’’ tegas beliau.

Beliau menambah, sejak akhir-akhir ini, ada kalangan media arus perdana termasuk TV3 dan UM yang tidak peduli kepada kesopanan dan kesusilaan sehingga sanggup menyiarkan bahan lucah sebagai berita semata-mata untuk memburukkan kepimpinan PR tanpa sebarang bukti yang sah.

Sementara itu, bagi memperingati Hari Kebebasan Media Sedunia yang ke – 20, para pengamal media dan Yang Berhormat (YB) telah mengedarkan riben kuning di sekitar kawasan DUN di sini.