Sidang DUN dicemari gelagat demonstrasi jalanan

Admin

 

GEORGE TOWN – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini dicemari dengan demonstrasi yang diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua Persatuan Peniaga-peniaga KOMTAR, Mohamed Ghani Abd. Jiman.

Demonstrasi yang disajikan dengan kata-kata kesat serta cacian menunjukkan kreadibiliti Ghani yang sebenar yang tidak mengikut nas-nas negara berdemokrasi.

Kata-kata seperti ‘konek’, ‘pengecut’ dan ‘pemimpin macam pondan’ menjadi sajian utama dalam demonstrasi tersebut. Beliau yang hadir bersama beberapa pengikut beliau menyerahkan memorandum tersebut kepada salah seorang wakil dari Pejabat Ketua Menteri di pintu masuk utama DUN.

Sikap Ghani dianggap tidak profesional apabila menyatakan ingin menyerahkan memorandum tersebut terus kepada Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain tanpa melalui Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Sedikit kekecohan juga berlaku apabila Ghani bertindak agresif cuba memanjat pagar setelah permintaannya untuk menyerahkan memorandum di dalam kawasan DUN ditolak oleh pihak polis demi menjaga keselamatan orang ramai. Ghani yang berang menyifatkan sikap para pemimpin PR yang pengecut dan tidak bertanggungjawab kerana tidak melayan mereka dengan cara yang baik.

Di dalam memorandum tersebut, terdapat 10 isu yang dibangkitkan oleh pihak Ghani yang mana dakwa beliau belum menjawab segala persoalan yang diajukan kepada Ketua Menteri selama Pulau Pinang berada di bawah pimpinan Kerajaan PR.

MOHAMED Ghani dikerumuni anggota polis di luar bangunan Dewan Undangan Negeri di sini.
MOHAMED Ghani dikerumuni anggota polis di luar bangunan Dewan Undangan Negeri di sini.