Ketua Menteri ceriakan 200 penerima terpilih menjelang sambutan Deepavali

Admin
2d6a5495 9621 4836 aeaf 8d7bb9ee10e5 KETUA menteri (dua dari kanan) dengan diiringi Goh Choon Aik (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan hamper dalam Majlis Jamuan Deepavali MADANI dan Kesejahteraan Pengguna 2026 anjuran Pusat Khidmat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bukit Tambun sebentar tadi.

BUKIT TAMBUN — Semangat perayaan Deepavali kian menyerlah apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow sendiri hadir menyampaikan 200 sumbangan hamper kepada penerima terpilih dalam Majlis Jamuan Deepavali MADANI dan Kesejahteraan Pengguna 2026 anjuran Pusat Khidmat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bukit Tambun sebentar tadi.

68ec88c7 7d58 4527 9790 5586c2698910
KETUA Menteri menyampaikan ucapan perasmian dalam majlis berkenaan sebentar tadi.

Ketika menyampaikan ucapan perasmian, Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi berkata sumbangan berkenaan bertujuan memberikan keceriaan serta meringankan beban golongan memerlukan dalam membuat persiapan menjelang pesta cahaya itu.

Selain itu, Kon Yeow menegaskan bahawa perayaan Deepavali diharap turut menyuntik nilai dan mesej yang amat mendalam buat seluruh masyarakat.

“Deepavali membawa mesej yang cukup bermakna, iaitu cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan dan harapan mengatasi keputusasaan.

“Saya berharap sumbangan ini dapat menceriakan keluarga penerima serta memberi sedikit kegembiraan dalam membuat persiapan perayaan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota.

a823da9c a113 4fca b52c d3a3d2dd5678 38b2879c 01fc 4d0a a390 a8ee93a8ba3a 61e21409 3355 4905 92b0 4746dbf652ddDalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan khas kepada Pengasas PENPEC Group, Dato’ Seri Saw Chang Heng, atas penajaan pek sumbangan tersebut kepada 200 penerima berkenaan.

Mengulas mengenai hala tuju negeri pula, Kon Yeow menekankan bahawa pembangunan Pulau Pinang di bawah Visi Penang2030 sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat.

“Pada diri saya, kemajuan sebenar bukan sekadar diukur melalui angka pelaburan atau pembangunan infrastruktur, tetapi juga melalui sejauh mana rakyat menikmati manfaatnya,” jelasnya.

3948aa85 bc68 41aa 8876 5df331e98c21d108c18c a8cf 4d72 9903 ec80b52dd99d

3c96a709 49e4 44ae 9164 9157ab5d4853
GOH Choon Aik

Exco Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat merangkap ADUN Bukit Tambun, Goh Choon Aik turut menyampaikan ucapan alu-aluan dalam majlis keramaian tersebut.

Hadir sama meramaikan majlis ialah Pengerusi Persatuan Kebajikan 88 Kapten Pulau Pinang, Dato’ Seri Ooi Eng Hock serta Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pulau Pinang, Rafidah Abdul Rahim.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS
Video: LAW SUUN TING