Program daftar pemilih dan warga emas

Admin

TELOK AIR TAWAR – Inisiatif DUN Telok Air Tawar menganjurkan Program Daftar Pemilih dan Warga Emas membuahkan hasil apabila seramai 86 warga emas berjaya didaftar di bawah Program Penghargaan Warga Emas yang melayakkan mereka menerima wang sumbangan RM100.

Pegawai Penyelaras KADUN Telok Air Tawar, Salehin Mohamed berkata, walaupun program tersebut hanya diadakan selama lima jam bermula pada pukul 9 pagi di Dewan Panorama Pantai Bersih, Telok Air Tawar, ia berjaya memperoleh sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Dalam mencapai misi untuk memPerkayakan rakyat dengan berkongsikan kekayaan dan hasil ekonomi, program ini bakal diadakan dari semasa ke semasa.

Pada masa sama, kita juga akan memberi penerangan mengenai dasar-dasar dan program-program semasa Kerajaan Negeri yang boleh serta bakal menguntungkan penduduk setempat,’’ katanya kepada SUARA CAT di sini baru-baru ini.

GOLONGAN warga emas tidak melepaskan peluang membuat pendaftaran Program Warga Emas.
GOLONGAN warga emas tidak melepaskan peluang membuat pendaftaran Program Warga Emas.

Menurut Salehin, sebelum ini beliau dimaklumkan bahawa sebahagian daripada warga emas di kawasan berkenaan telah membuat pendaftaran di pusat khidmat parti pembangkang.

Lanjutan daripada itu, tiada sebarang maklumat yang diterima. Justeru, kami memohon semua warga emas yang telah berbuat demikian supaya mendaftar sekali lagi dengan pihak kami dalam tempoh terdekat ,’’ jelas beliau.

Bagi sebarang maklumat lanjut, sila berhubung dengan Salehin di talian 017 – 427 1581 atau Hasrul Husin, 010 – 379 7729.