Tambah baik pengauditan secara profesional

Admin
whatsapp image 2024 04 19 at 16.13.37

GEORGE TOWN – Menambah baik pelaksanaan pengauditan secara profesional berlandaskan standard pengauditan dan Pelan Strategik Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM) merupakan antara topik perbincangan pada sesi kunjungan hormat perpisahan Pengarah Audit Negeri, Mazmiza Mahat ke atas Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow di Komtar.

Turut dibangkitkan, tatakelola perbelanjaan negeri dan serahan akaun oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang saban tahun.

Semasa pertemuan berlangsung, Mazmiza mengucapkan ucapan terima kasih kepada Kon Yeow serta pimpinan negeri Pulau Pinang atas sokongan yang diberikan terhadap JANM Negeri Pulau Pinang sepanjang empat tahun beliau berkhidmat sebagai Pengarah Audit Negeri di sini.

whatsapp image 2024 04 19 at 16.13.42
MAZMIZA Mahat.

Berkhidmat selama 27 tahun dengan JANM, Mazmiza memaklumkan bahawa beliau akan ditukarkan ke negeri Kedah di bawah jabatan sama.

Dalam pada itu, Kon Yeow turut mengambil kesempatan menzahirkan ucapan ‘Selamat Maju Jaya’ kepada Mazmiza.

Gambar : LAW SUUN TING